Wednesday, August 31, 2011

Sunday, July 10, 2011

Thursday, May 27, 2010

Jersey 2010/2011


Waahh. Menarik ni.. Saya mesti pilih!
Jersey baru Barcelona untuk sesi 2010/2011.

Wednesday, May 26, 2010

Fabregas ke Barca?

Sudah lama Barcelona mengekori Fab. Sehingga kini 'pelajar' Barcelona itu masih di burui Barca. Sebelum ini Fabregas menyatakan yang dia masih setia berkhidmat kepada Arsenal. Kini setelh beberapa musim, Arsenal tidak memenagi sebarang trofi, membuatkan Fab goyah dengan kesetiaanya di mana dia bersedia untuk ke Barcelona, setelah berbincang dengan boss Arsenal, Arsene Wenger. Kita tengok la nanti bagaimana cerita Fabregas ni...

Nak menang Trofi? kalahkan Barca!

Itu adalah fakta! Contoh terdekat ialah Inter Milan mengalahkan Barca dan seterusnya memenangi gelaran Juara Liga-liga Eropah. Sevilla yang menumpaskan Barca dalam saingan 16 pasukan terakhir untuk "Copa Del Rey". Atletico Madrid yang berjaya mengalahkan Barca dalam saingan liga, telah memenangi kejuaraan Eropah mengalahkan Fulham di perlawanan akhir. Begitu Juga Rubin Kazan, di mana mereka mengalahkan Barca di peringkat kumpulan dalam saingan liga juara-juara telah menjuarai Liga Rusia....

Tuesday, May 25, 2010

Ibra Akan ke Milan


'..Khabar angin terbaru penyerang Barcelona akan ke Ac Milan. Ibra yang meledak 16 gol musim ini bersama Barcelona juga di kaitkan dengan perpindahan ke Manchester City dan Chelsea. Dengan kemasukan David Villa selaku penyerang, menguatkan lagi spekulasi ini. Ancelotti yang mengenali Ibra sewaktu mengendalikan Ac Milan, berkata Chelsea masih lagi memerlukan penyerang seperti Ibrahimovic untuk pergi jauh dalam saingan Eropah, biarpun telah memenangi 2 gelaran musim ini dalam liga domestik.

Itali adalah destinasi Ibrahimovic jika dia ingin berpindah, lapor 'Sport'. Juventus juga di laporkan berminat mendapatkan Ibrahimovic dengan membayar serta memberi pemain mereka, Jaquinta.'

Monday, May 24, 2010

Peminat Barcelona

Blog ini di buat khas untuk Peminat-peminat bolasepak am nye dan khas untuk peminat Barcelona FC. Yang tak minat pon leh lawat, kalo nak melemparkan kritikan ke, tak puas hati ke, ha bak datang.... Hehehhe. Segala sumber, khabar angin perpindahan pemain, formasi jadual perlawanan akan di update di sini. Sekarang ni la liga tgh berehat, untuk menanti musim baru. Yang lepas, biarla lepas... Kita cerita benda yang akan datang dan semasa. Sumber dari luar seperti dari laman2 web luar akan di bincang kan di sini, dan di beri pendapat oleh aku. Aku tak terima bulat2 pendapat mereka, sebab itulah aku buat blog ni. So kepada pecinta bolasepak seantero dunia yang faham bahasa melayu leh la bagi pendapat.!!!